Berita Hangat Media

Monday, 8 January 2018

Produk Inokulan Pokok Gaharu Keluaran Agarwood Global Malaysia Terbaik di Pasaran

01:16
Pokok Gaharu berusia 1 Tahun
Kayu gaharu mengandungi resin dalam pelbagai kelas dan gred tertentu mengikut kualiti tertentu. Penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia melewati sempadan hidup dan mati, bangsa dan agama, negara dan benua. Pendek kata ia mempunyai permintaan yang sangat besar.
Pokok Gaharu 3 bulan, 8 bulan dan 1 tahun.
Inokulan adalah suatu kaedah yang sangat penting dalam usaha menghasilkan resin gaharu. Sebenarnya resin gaharu tidak mudah terjadi secara semula jadi. Tindakan manusia diperlukan untuk menjadikan pokok tersebut sakit dengan cara mencucuk dan memasukan bahan tertentu kedalam pokok. Proses inilah yang dinamakan inokulasi.
Inokulan


Pokok Gaharu
Inokulan yang kami buat adalah menggunakan teknologi yang dibangunkan Bersama oleh Guangdong Institute of Microbiology. Hasil dari Inokulasi kami telah mengeluarkan resin yang berkualiti dan bermutu tinggi. Kami sedang memasarkan inokulan kepada pekebun gaharu dan juga kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam tanaman gaharu secara komersial.






Inokulan Terbaik Malaysia
Resin ini diproses untuk menghasilkan pati minyak gaharu. Selain itu,permintaan terhadap minyak pati gaharu sangat tinggi terutamanya dari negara Timur Tengah. Inokulasi ini juga telah membuktikan hasil tindak balas mikro organisma yang kami gunakan keatas pokok gaharu spesis tempatan yang kami suntik.

Kebun Pokok Gaharu
Dengan adanya kaedah inokulan ini, ia dapat membantu masyarakat dan pencinta gaharu untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Pokok Gaharu, Agarwood dan Aquilaria malaccensis.

01:15
Kayu Gaharu
Pokok Gaharu atau dikenali sebagai Agarwood, nama sains Aquilaria malaccensis, merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi.  Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Ramai juga sudah mula berjinak jinak menanam pokok tersebut. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan dan kosmetik. Bagaimana pula dengan kayu gaharu yang sudah mencecah 3 bulan, 1 tahun atau 2 tahun ?

Kayu Gaharu berusia 3 bulan, 8 bulan dan 1 tahun
Gaharu sudah boleh diinokulasi pada pada usia 3 tahun, dan ditebang pada umur 5-6 tahun. Namun sebagian besar pekebun mula menginokulasi gaharu pada umur 5 tahun atau pada saat diameter batang setinggi 15 cm. Proses inokulan disebut sebagai inokulasi pokok gaharu. Apakah inokulan? Inokulasi adalah salah satu kerja memasukan bakteria fusarium sp. ke dalam batang pokok gaharu. Inokulan berfungsi supaya pokok gaharu dapat menghasilkan resin gaharu dengan lebih cepat berbanding jangka masa proses semulajadi. Selain daripada itu, inokulan juga berfungsi menambahkan kuantiti resin yang akan dihasilkan.

Inokulan
Disamping itu, apabila pokok gaharu dimasukkan/disuntik dengan inokulan, pokok gaharu akan menghasilkan resin sebagai tindak balas pertahanan untuk melawan inokulan tersebut. Teknik ini mempercepatkan proses penghasilan resin pada pokok gaharu berbanding dengan proses semulajadi. Selain itu, jangka masa yang diambil dapat dipendekkan dari 1 tahun kepada 3 bulan. Ia dapat menghasilkan minyak gaharu daripada resin.

Kayu Gaharu Berusia 3 Bulan
Perbincangan Pengembangan Inokulan

Wednesday, 27 December 2017

Agarwood Global Malaysia Umum 13 Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gaharu.

01:13



Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan pelancaran 13 produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru ini bercadang untuk melaburkan sebanyak RM30 juta ringgit dalam masa 3 tahun pertama ini untuk membangunkan industri pembuatan produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Ketika mengulas beberapa soalan semasa sesi temuramah di ibu pejabat Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd (AGMSB) di Johor Bahru, Pengarah Urusannya, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin berkata pihak syarikatnya berminat untuk memajukan perniagaan produk berasaskan gaharu yang pada masa ini dipelopori oleh usahawan berbangsa Cina. Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga kayu gred pokok Gaharu di pasaran antarabangsa bukanlah satu masalah yang besar. Ini kerana syarikatnya disokong oleh sumber pokok gaharu miliknya seluas 19 ribu ekar di beberapa negeri di Semenanjung. Berdasarkan sumber bahan mentah yang mencukupi, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak RM20 juta ringgit bagi tahun 2018. Jualan ini dipacu oleh permintaan yang tinggi daripada pemborong di negara Timur Tengah dan juga China. AGMSB‎ turut membuat pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ekstrak kayu gaharu bagi memastikan pengeluaran produk-produk berasaskan ekstrak gaharu ini dapat menampung permintaan yang tinggi daripada pengedar di luar negara. Untuk tujuan ini AGMSB sedang dalam proses untuk membeli mesin penyuling ekstrak gaharu yang mampu menghasilkan ekstrak gaharu sebanyak 500 liter sehari. Beliau juga menyatakan bahawa AGMSB ingin menembusi pasaran eksport produk Halal buatan Malaysia yang akan memberi sumbangan besar kepada nilai eksport produk Malaysia.

Pengarah Urusan, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin
Kayu Gaharu
Air Minuman Suling

Mengenai Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd.

Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd adalah pengilang dan pengedar produk berasaskan pokok gaharu untuk pasaran Malaysia dan pasaran antarabangsa seperti UAE dan China. Maklumat lanjut berkenaan syarikat ini boleh didapati di www.agarwoodmalaysia.com. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada email berikut : enquiry@agarwoodmalaysia.com

Sumber;