 |
Kayu Gaharu |
Pokok Gaharu atau dikenali sebagai Agarwood, nama sains Aquilaria malaccensis, merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Ramai juga sudah mula berjinak jinak menanam pokok tersebut. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan dan kosmetik. Bagaimana pula dengan kayu gaharu yang sudah mencecah 3 bulan, 1 tahun atau 2 tahun ?
 |
Kayu Gaharu berusia 3 bulan, 8 bulan dan 1 tahun |
Gaharu sudah boleh diinokulasi pada pada usia 3 tahun, dan ditebang pada umur 5-6 tahun. Namun sebagian besar pekebun mula menginokulasi gaharu pada umur 5 tahun atau pada saat diameter batang setinggi 15 cm. Proses inokulan disebut sebagai inokulasi pokok gaharu. Apakah inokulan? Inokulasi adalah salah satu kerja memasukan bakteria fusarium sp. ke dalam batang pokok gaharu. Inokulan berfungsi supaya pokok gaharu dapat menghasilkan resin gaharu dengan lebih cepat berbanding jangka masa proses semulajadi. Selain daripada itu, inokulan juga berfungsi menambahkan kuantiti resin yang akan dihasilkan.
 |
Inokulan |
Disamping itu, apabila pokok gaharu dimasukkan/disuntik dengan inokulan, pokok gaharu akan menghasilkan resin sebagai tindak balas pertahanan untuk melawan inokulan tersebut. Teknik ini mempercepatkan proses penghasilan resin pada pokok gaharu berbanding dengan proses semulajadi. Selain itu, jangka masa yang diambil dapat dipendekkan dari 1 tahun kepada 3 bulan. Ia dapat menghasilkan minyak gaharu daripada resin.
 |
Kayu Gaharu Berusia 3 Bulan |
|
 |
Perbincangan Pengembangan Inokulan |
|